Sunday, June 21, 2009

Terima kasih..

Sesungguhnya sukar bagiku untuk meluahkan suatu perkara yang telah lama terpendam didalam diri ini. Bagaimanakah cara untuk aku meluahkannya padamu.

Tiada siapa disini kecuali kau, aku dan kelipan cahaya lampu usang yang menerangi malam kita berdua. Jika boleh ingin aku mengunci semua pintu agar kita boleh meninggalkan seketika ceritera dunia luar. Hanya untuk kita berdua.

Akan kuberikan segala jiwa, jasad dan harta yang aku miliki kepadamu tetapi semua itu masih belum cukup atau termampu untuk aku membalas jasamu. Hanya 4 unkapan sihir ini sahaja yang mampu membalas segala jasamu kepadaku.

Terima kasih kerana menyintaiku. Kau menjadi mataku apabila aku tidak dapat melihat dunia yang nyata ataupun tidak nyata. Kau menjadi sebahagian daripada nadiku apabila aku tidak boleh bernafas dan kau memberikan aku sepasang sayap untuk aku terbang ke langit bagi mencapai segala cita-cita dan impian ku.

Sebelum ini aku tidak pernah tahu bahawa aku mempunyai impian. Sehingga lah kau muncul di dalam hidupku. Apabila aku merenung jauh kedasar matamu. Aku melihat matamu seperti langit cerah yang memancar terus ke lubuk hatiku.

Menerangi segala lubuk kusam yang sebelum ini penuh dengan debu dan dataran tandus yang kering lagi kontang. Tanah hati ku ini kembali segar dengan debunga wangi menyuburi tanah tandus apabila keikhlasan mata hati padangan mu kepada ku.

Terima kasih sekali lagi kulafaskan kepadamu apabila aku jatuh tersungkur kau sambut dan papah aku dengan belaian tulus dan murni melalui celahan lembut jari jemari mu itu. Kau bunyikan loceng apabila ada sesuatu musibah yang akan menimpa diri ku agar aku boleh menghadapinya dengan tenang dan jika aku lemas di dalam lautan yang bergelora, aku pasti kau akan menggadaikan segala nyawa mu demi menyelamatkan aku daripada lemas di baham lautan.

No comments:

Post a Comment