Monday, June 22, 2009

Selamat tinggal.

Pernahkah aku mengecewakan mu atau membiarkan kau sengsara atau aku patut rasa bersalah dan biarkan hukuman dijalankan ke atas diriku. Adakah disebabkan aku pernah melihat permulaan dan penghujung perjalanan hidup mu itu maka aku patut di hukum.

Jadi aku mengambil kepunyaan aku yang aku rasa amat berharga untuk aku simpan hingga ke akhir hayat aku. Aku ambil jiwa mu itu keluar pada setiap hening malam. Peristiwa itu mungkin telah berakhir tetapi ia tidak akan berhenti setakat itu saja.

Aku sentuh hati ku, Lalu kau sentuh jiwa ku. Kau ubah hidup ku dan Kau tetapkan haluan ku. Cinta itu buta dan Aku tahu bila hati ku buta kerana mu. Aku kucup bibir mu dan ku pegang erat tangan mu itu, Kita kongsi segala impian dan harapan. Aku tahu kau merasa dan aku juga tahu kau turut menghidu. Aku benar-benar tagih dengan mu..

Aku adalah Pemimpi dan bila Aku sedar kau tidak boleh mematahkan semangat itu. Mimpi itu adalah mimpi ku dan kau rampas dari tidur ku. Dan bila kau terjaga, Ingatlah aku, Ingatlah segala kenangan dan segala perkara yang pernah kita kecapi bersama suatu ketika dulu.

Aku pernah lihat kau menangis, Aku pernah lihat kau tersenyum dan Aku pernah melihat sementara kau sedang tidur. Aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup ku ini bersama dengan mu. Aku tahu ketakutan mu itu dan Kau juga tahu ketakutan diri ku. Kita tahu segala punca keraguan dan kita boleh melenyapkannya apabila bersama. Aku cinta kan mu...dan aku bersumpah akan kebenarannya dari tulus hatiku ini. Aku tidak boleh jalani hidup ini tanpa diri mu itu...

Aku masih memegang tangan mu itu di dalam minda ku ini dan sentiasa memegang erat jika aku terlena. Biarlah aku tanggung kesengsaraan jiwa ku ini sampai bila-bila. Agar kenangan itu bersemadi sentiasa dengan ku.

Selamat tinggal kekasih ku... Selamat tinggal sahabat ku... Kaulah satu-satunya...Kau telah dijadikan untuk ku... Aku terasa sunyi tanpa kehadiran mu... Hidup ku Kosong... Tiada pengganti kecuali diri mu...


Sunday, June 21, 2009

Terima kasih..

Sesungguhnya sukar bagiku untuk meluahkan suatu perkara yang telah lama terpendam didalam diri ini. Bagaimanakah cara untuk aku meluahkannya padamu.

Tiada siapa disini kecuali kau, aku dan kelipan cahaya lampu usang yang menerangi malam kita berdua. Jika boleh ingin aku mengunci semua pintu agar kita boleh meninggalkan seketika ceritera dunia luar. Hanya untuk kita berdua.

Akan kuberikan segala jiwa, jasad dan harta yang aku miliki kepadamu tetapi semua itu masih belum cukup atau termampu untuk aku membalas jasamu. Hanya 4 unkapan sihir ini sahaja yang mampu membalas segala jasamu kepadaku.

Terima kasih kerana menyintaiku. Kau menjadi mataku apabila aku tidak dapat melihat dunia yang nyata ataupun tidak nyata. Kau menjadi sebahagian daripada nadiku apabila aku tidak boleh bernafas dan kau memberikan aku sepasang sayap untuk aku terbang ke langit bagi mencapai segala cita-cita dan impian ku.

Sebelum ini aku tidak pernah tahu bahawa aku mempunyai impian. Sehingga lah kau muncul di dalam hidupku. Apabila aku merenung jauh kedasar matamu. Aku melihat matamu seperti langit cerah yang memancar terus ke lubuk hatiku.

Menerangi segala lubuk kusam yang sebelum ini penuh dengan debu dan dataran tandus yang kering lagi kontang. Tanah hati ku ini kembali segar dengan debunga wangi menyuburi tanah tandus apabila keikhlasan mata hati padangan mu kepada ku.

Terima kasih sekali lagi kulafaskan kepadamu apabila aku jatuh tersungkur kau sambut dan papah aku dengan belaian tulus dan murni melalui celahan lembut jari jemari mu itu. Kau bunyikan loceng apabila ada sesuatu musibah yang akan menimpa diri ku agar aku boleh menghadapinya dengan tenang dan jika aku lemas di dalam lautan yang bergelora, aku pasti kau akan menggadaikan segala nyawa mu demi menyelamatkan aku daripada lemas di baham lautan.

Wednesday, May 13, 2009

Tuesday, April 21, 2009

Titisan Malam

"Ya Allah
Berdetik jantungku menyebut nama-Mu
Tenang dan damai dalam kalbuku
Sedingin sinar embun pagi
Indahnya tak dapat ku gambarkan lagi
Lebih tenang dari pantai yang sunyi
Lebih damai dari taman yang wangi

Ingin ku hilang diri
Ingin ku kembali
Walau belum sampai waktunya
Biarlah ketika ini
Saat jari ku dapat menari
Saat jiwaku dapat merasai
Sungguh rindu bagai pencinta sejati

Titisan layu membasahi
Bukan pipi... bukan diri
Tetapi hati yang rindu pada Illahi
Cinta itu takkan hadir
Bahagia itu takkan sempurna
pada diriku
yang runsing dan dukacita
yang lemah dan tak berusaha
yang penakut dan bakhil
yang berhutang dan di tekan orang lain

Cinta... ..bahagia
Ingin ku miliki
Cita-cita... ..impian
Ingin ku penuhi
Mengajak ku berjuang... .berbakti
Meninggalkan kesenangan duniawi
Mengajakku bersendiri
Meninggalkan fitnah menghancurkan diri

Akan tiba waktu itu
Pabila
aku mengenali-Mu
aku mendampingi kalimah-Mu
Pabila hatiku
Mencintai-Mu dan Rasul-Mu
Lebih dari tiap sesuatu

'Ya Allah kami mohon cinta-MU dan cinta orang yang mencintai-Mu serta semua amalan yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu'

'Ya Allah lindungilah kami dari kerunsingan dan dukacita,lindungilah kami dari kelemahan dan kemalasan,lindungilah kami dari penakut dan kedekut,lindungilah kami dari hutang yang banyak dan di tekan oleh orang lain'

Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan terimalah amalan kami,Sesunguhnya Engkau Maha Pemberi.